Monday, June 28, 2010

Hari Guru Negeri Sembilan 2010







June 27, 2010
Aura Mawi Membuatkan Ramai Cikgu-Cikgu Wanita Negeri Sembilan Lupa Sakit Lutut dan Sendi

Sekali-sekala,aku akan menyapot jugak industri hiburan tanahair.Semalam aku teman bini aku gi Sambutan Hari Guru peringkat Negeri Sembilan.Penuh satu padang makan malam kat tengah-tengah pekan Seremban.

Ada Mawi,ada menteri besar Negeri Sembilan.Ramai betul cikgu-cikgu yang beratur untuk bersalaman dengan menteri besar,tak kira lah lelaki dan perempuan.Menteri besar pulak rombongan masuk tu dah macam raja dah.Khas kepada peminat-peminat Mawi,semua gambar ni aku ambik semalam dekat Seremban.




Jika ada kelihatan isteri anda di sini sedang menunjukkan perangai yang tidak anda sangkakan,aku tidak bertanggungjawab.Jika anda melihat ada wajah ibu anda sedang menyendeng-nyendeng dekat Mawi,aku tidak akan mintak maaf jika anda terkejut melihat kelakuan ibu anda.

Walaupun mereka Cikgu sekalipun,kita perlu ingat,mereka juga manusia biasa.Kalaulah bini aku buat macam ni,KONFEM aku akan maki.Sebab tu sedaya upaya aku cuba menjauhkan dia dengan Thom Yorke,Chris Cornell atau Eddie Vedder.Nampak gambar Jimi Hendrix pun dia jadi tak keruan.Kaum hawa ni,bila berdekatan atau berdiri sebelah "selebriti" dia jadi lain sikit.Lagi la kalau selebriti tu dia minat gila-gila.

Aku pun rasa kalau aku dapat jumpa Rachel Bilson atau Intan Ladyana sebelah aku..mau aku terkam-terkam.

PS - Aku dapat cenderamata dari menteri besar Negeri Sembilan.Sebuah mug yang ada print gambar dia atas tu.Nanti aku letak la gambar mug tu kat sini.Lawa.Sesuai untuk buat minum petang bila berseorangan.

DIALOG GENERASI

Kata orang tua
jangan ikut resmi ayam
bertelur sebiji riuh sekampung
ikutlah resmi penyu
diam-diam telur beribu

Yang muda berhujjan
datuk sering mengingatkan
jangan riuh seperti ayam
dan kami pun diam
lalu kami menyepi
lalu kami menyendiri
hingga hilang yakin diri
kemudian baru terfikir
kerana diam kami terpinggir


Semakin lama kita menyepi
orang lain menjadi berani
dengan gendang yang rancak
dengan tarian yang galak
memanjangkan kehendak
menuntut dan mengugut
mendesak dan mengasak

Jadi apa salahnya meniru ayam
perlu juga bersuara kuat
dengan sebiji telur berkhasiat
memberi zat menyambung hayat
mengapa perlu segan
ini zaman iklan
tunjukkan kepada dunia
kita juga berupaya
mengapa harus menjadi bangsa
yang sentiasa memendam rasa
jangan takut bersuara
nanti dipijak kepala

Keberangkatan

Dalam perjalanan ini
hanya sesekali ternampak
dalam apa yang selalu dilihat
lalu terpancarlah kesedaran.

Seperti keretapi berangkat
meninggalkan platform lama
kesedaran pun mengangkat kita
ke arah dewasa.

Ilmu

Yang kau semaikan ke jantungku
sebatang pohon ilmu
akar iman
daun amal
bunga sopan
buah jasa.

Yang kau pinta padaku
sirami ia serela sabar
haruman syurga
belailah selunak pujukan
sewangi doa
dibajai sehangat upaya
semarak kuasa

Bahasa Alam

Kehijuan adalah bahasa alam
Yang minta diabadikan
Tuhan Maha Pencipta
Dan manusia kecil di dalamnya.
Dialah Penyair yang melukiskan
mendung dan warna
kita manusia resah terpegun
dalam cahayaNya.
(Baha Zain,Bahasa Alam)

Puisi Yang Aku Tanam

Aku tidak kenal pun kayu ukur
yang mereka jadikan para tempat
puisi-puisinya mengembang sulur
berbunga cantik berbuah lazat

Aku tidak kenal pun kayu ukur
maka puisi-puisi yang aku tanam
tidak kubina para untuknya
puisi-puisi yang aku tanam
menyusur bebas di pipi bentala

Namun saudara, aku percaya
puisi berbunga cantik berbuah lazat
tidak kenal para dari kayu ukur sekalipun
hanya tanah dan baja tempatnya tumbuh

Apa yang kuharapkan pada puisiku
biarlah sulurnya mengembang zat
tanah dan baja
biarlah bunganya cantik buahnya lazat
meskipun tidak berpara

Apa yang kuharapkan pada puisiku
sesiapa pun dapat memetiknya
meskipun mereka
tidak bergalah tidak bertangga.
(Nassury Ibrahim)

AKAL

Meniti kehalusan peribadi akhirnya
Kita berserah pada takdir
Bila kita terjebak
Dalam seranggahan akar masalah
Menggenggam akar fikiran yang terkusut
Kerana pohon tidak tumbuh dari akar
Tidak menegak dari tunjang
Tidak melilit bumi
Tanpa izin Ilahi

Membandingkan pohon yang semakin tumbuh
Dan akar yang menjalar
Melilit mentari jingga
Kita kadang kala bingung
Bila fikiran tergelincir
Dari landasan kebenaran
Kerana tidak mengaminkan kebesaran Ilahi
Kerana kita membuktikan pertimbangan
Berakalkan nafsu syaitan dan lojik
Dan bila kita bertambah bingung
Kita terjebak kepada kefanaan duniawi

Akhirnya kita menemui jalan pulang
Lalu membuka kitab lama
Mencari Nur Ilahi
Di celah-celah hurufNya
Membuka tafsir ilmu dan takwa.
(Akal,Naapie Mat)

Wednesday, June 23, 2010

Kementerian Pelajaran belanja lebih RM16 bilion hingga Mei


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berjaya melaksanakan 8,870 projek sehingga 15 Jun tahun ini yang tertakluk dibawah perlaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan peruntukan sejumlah RM26,093 bilion.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata dibawah Pakej Ransangan Ekonomi itu sebanyak 15,324 projek termasuklah 808 tambahan projek diperuntukan kepada KPM untuk dilaksanakan.

Namun baki 5,312 projek masih dalam peringkat pelaksanaan untuk dijayakan kelak, manakala 942 projek yang lain akan disambung ke RMK-10.

Tambahnya bagi prestasi perbelanjaan KPM membelanjakan sebanyak RM16,668 bilion sehingga 31 Mei 2010.

"KPM sudah membelanjakan RM16,668 bilion iaitu 85.12 peratus daripada keseluruhan syiling yang ditetapkan dan dijangka akan membelanjakan keseluruhan peruntukan tersebut menjelang tahun ini," katanya ketika ucapan penggulungan berhubung perlaksanaan RM-9 di Dewan Rakyat disini, hari ini.

Beliau yang lebih setahun menjadi Menteri di KPM berpendapat sistem pendidikan negara perlu dinilai dan dirombak seiring dengan Plan Transformasi Negara demi mencapai modal insan yang bertaraf dunia.

Ia sejajar dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan RMK-10 yang mahu usaha pembangunan dititikberatkan dengan mengekalkan modal insan yang bertaraf dunia.

Sehubungan dengan itu, katanya, langkah wajar diambil kerajaan dengan mengkaji permulaan sesi persekolahan formal daripada 6 tahun kepada seawal 5 tahun.

Malah KPM masih diperingkat akhir kajian untuk melaksanakan inisiatif tersebut

"Kajian terperinci dilaksanakan KPM menunjukkan 95 peratus kanak-kanak dapat menguasai kemahiran 3M dan mempunyai kemahiran bersosialis dengan rakan sebaya seawal umur 5tahun melalui pendidikan prasekolah.

"Ini kerana melalui usaha yang dilaksanakan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memastikan murid-murid normal menguasai 3M di akhir tahun 3 pasti akan dapat mencapai matlamat itu.

"Maka kerajaan sedang mengatur strategi untuk melaksanakan dasar baru ini dengan teratur dan berkesan," katanya.

today i visit my blog