Friday, October 19, 2012

Asas Perkhemahan


Di kala banyak blog orang lain sibuk berbincang memerah idea tentang politik, baiklah saya menyimpang dari laluan mereka. Saya kira perkara yang akan saya kongsi bersama ini pun tidak kurang pentingnya pada anak bangsa Malaysia yang gemarkan kegiatan luar atau rekreasi. Jadi oleh kerana saya lama berkecimpung di dalam lapangan ini, saya fikir adalah baik untuk memberi sedikit tips untuk panduan para penggemar lapangan ini.

Perkara asas kepada rekreasi atau kegiatan luar adalah perkhemahan. Jadi untuk permulaan saya akan bincang dan kungsi pengalaman yang sedikit dan rasakan amat cetek ini di blog ini.

Khemah : Pengertian amnya adalah - Tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis tempat berlindungan itu.

Maksud Tempat Perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak kira dari canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen sepertimana yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak sementara di negeri orang . Yang pentingnya boleh memberi perlindungan dari hujan, panas, kesejukan dan juga angin.

Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak dan senang dipasang dan dibuka semula. Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon dan jenis-jenis yang ringan. Ada tiga bentuk khemah yang sesuai dengan tiga bentuk cuaca dan persekitaran yang berbeza :

1. Khemah nylon berntuk "A" atau poncho (seperti digunkan oleh tentera) yang sesuai digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai. Khemah jenis ini akan memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat yang agak panas.

2. Khemah nylon berbentuk Dome adalah sesuai digunakan dipergunungan kerana boleh ditutup dan menghalang dari kesejukan. Khemah ini boleh memerangkap udara panas di dalam khemah dan menghalang angin sejuk dari menerobos ke dalam. Dengan ini memberi keselesaan kepada pengguna di persekitaran yang sejuk.

3. Khemah nylon berbentuk Igloo adalah sesuai digunakan di pergunungan air batu dan di tempat bersalji. Fungsinya sama dengan khemah bentuk Dome di atas, cuma ianya lebih memanaskan.

Keselamatan, ada beberapa perkara yang perlu diutamakan untuk dihindari dan dibuat

1. Jangan mendirikan khemah betul-betul di puncak gunung atau bukit, kerana ini akan menyebabkan kita menjadi "point of contact" sekiranya berlaku kilat atau petir, menjadi penampan sekiranya berlaku ribut atau angin yang kuat. Cara yang sesuai hendak dirikan khemah dalam jarak 4 ke 6 meter dari puncak. Lagi jauh lagi baik. Peristiwa dipanah petir pernah berlaku di sebuah gunung di Negeri Pahang satu ketika dahulu.

2. Jangan dirikan khemah di tepi tebing atau bawah tebing yang curam. Kerana tebing-tebing ini berpotensi untuk runtuh bila berlaku hujan atau sebagainya.

3. Jangan berkhemah terlalu hampir dengan tebing sungai. Banjir kilat di kawasan pendalaman akan berlaku tanpa disedari dan dalam beberapa saat saja air akan naik mendadak menghanyutkan khemah bila berlaku hujan di hulu sungai.

4. Hindari dari berkhemah di laluan binatang "Denai" kerana bila-bila masa saja binatang hutan akan melalui denai berkenaan. Yang paling bahaya adalah kumpulan gajah. Dalam sekelip mata saja khemah yang didirikan akan ranap kerana gajah akan berjalan berkumpulan. Jadi Jarakkan dari denai sekurang-kurangnya 4 ke 5 meter.

5. Sekiranya perlu buat unggun api hendaklah dalam jarak 4 meter dari khemah untuk mengelak percikan bunga api dan membakar khemah.

6. Jangan sekali-kali membawa masuk api ke dalam khemah seperti lampu gas atau minyak, dapur gas atau minyak, menghisap rokok dan sebagainya. Benda-benda ini bukan saja penyebab kebakaran tetapi juga sekiranya khemah bertutup rapat, ianya akan menghabiskan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dan meracuni udara di dalam khemah. Ini telah berlaku kematian sebagaimana berlaku di Gunung Korbu, Ulu Kinta satu masa dulu.

7. Hindari berkhemah di padang-padang lalang atau resam kerana lalang atau resam kering mudah terbakar. Begitu juga di tengah-tengah padang lapang kerana kemungkinan disambar petir adalah besar.

8. Dilarang sama sekali mendirikan khemah di bawah pokok yang rimbun, kerana bila hujan atau berlaku ribut, dahan-dahan pokok ini dengan daun yang rimbun dan berat amat berpotensi untuk runtuh dan menimpa khemah.

9. Jangan mendirikan khemah di bawah pokok yang mati. Pokok yang mati memang mereput dan akan patah pada bila-bila masa saja. Kemungkinan besar akan menghempap khemah.

10. Pastikan pintu khemah bertutup (zip) bila meninggalkan khemah untuk mengelak dari sebarang binatang atau serangga berbisa memasuki khemah.

11. Bila mendirikan khemah hendaklah pintu khemah tersebut membelakangkan arah tiupan angin untuk mengelakkan dari angin kuat menerobos ke dalam khemah bila pintu khemah di buka dan berpotensi untuk menerbangkan khemah atau paling tidak merusakan khemah.

12. Apa-apa benda tajam parang pisau dan sebagainaya hendaklah bersarung atau disimpan ditempat yang selamat dari terpijak dan senang untuk diambil bila perlu

13. Hendaklah menanda satu tempat bertemu atau berkumpul kembali yang difikirkan selamat sekiranya berlaku apa-apa kecemasan dan semuanya ahli bertepiaran lari ke pelbagai arah. Dan apabila keadaan sudah pulih tempat yang ditanda tadilah semua akan berkumpul semula

14. Setiap ahli atau anggota hendaklah mempunyai wisel untuk digunakan semasa kecemasan. Setiap keperluan tiupan wisel hendaklah diberikan Kod Nada dan jangan ditiup sesuka hati.

Untuk keselesaan, carilah tapak khemah yang rata dan tidak berbatu. Elak dari tapak yang lecak, berlumpur atau bertunggul.

Untuk mendapat kemudahan asas hendaklah berkhemah dekat dengan punca air dan berhampiran denai atau trek.

Satu pesanan penting : Bawa keluar apa yang dibawa masuk, terutama tin dan bekas plastik. Jangan menebang pokok sekiranya tidak sangat-sangat diperlukan. Buang najis hendaklah di dalam lubang dan ditimbus bukan di dalam sungai.

Sekian, selamat berekreasi

Thursday, August 9, 2012

Jangan Putus Asa, Yakinlah dengan Allah

Assalamualaikum.. 
Segala yang terpuji itu hanya milik Allah. Dan selawat serta salam kepada Rasulullah SAW, serta tidak dilupakan juga selawat dan salam untuk semua para nabi dan rasul sebelum beliau. 
Alhamdulillah. Sejak kebelakangan ini, ramai insan yang mula merespon terhadap post Aku Mahu Berubah, Tapi.. baik secara personal atau tidak. Menyatakan masalah mereka dalam mahu melakukan perubahan, cabaran dan sebagainya. Baguslah tu. Kerana dalam suasana masyarakat yang semakin membarah sekarang ni dengan ideologi-ideologi songsang, ditambah lagi dengan perisa perang pemikiran yang melampau-lampau. Masih ada jiwa-jiwa yang mahu keluar dari kepompong zon selesa mereka. Untuk kembali kepada fitrah kejadian mereka. Iaitu tunduk kepada kehendak Allah. Iaitu Islam. 
+++ 
Jika sebelum ini saya membahaskan mengenai masalah ‘Determination’ atau keikhlasan dan ‘Effort’ atau usaha. Sekarang saya akan sambung dengan dua poin yang seharusnya menjadi driving force yang seterusnya untuk kita terus tetap dan teguh, atau secara umumnya kita panggil istiqomah dalam mahu melakukan perubahan. 

Setelah wujudnya azam dan tekad yang kuat, iaitu niat. Sebab kita mahu berubah ini kerana kita tahu ini ialah jalan yang harus kita pilih, kerana kita hamba-Nya. Bukan kerana keuntungan material dan nama serta makhluk. Maka usaha yang bersungguh-sungguh menjadi batu asas seterusnya dalam melakukan perubahan. Usaha yang bersungguh-sungguh itulah yang menjadi realisasi atau pembuktian tentang apa yang kita katakan tadi. 
“Aku mahu berubah!” 
Kerana apa? 
Kerana dalam nak makan nasi sahaja perlukan usaha. Bangun dari katil, buka pintu, berjalan ke café, cedok nasi, angkat tangan nak mengisi nasi ke mulut, menguyah dan seterusnya. Inikan pula dalam nak berubah dari satu kondisi kepada satu kondisi yang lain. Dan kondisi yang ingin dituju ini pula bukanlah satu jalan yang akan dihiasi dengan karpet merah serta bunga-bungaan. Tetapi duri, darah dan tengkorak! 
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”  
[QS al-‘Ankabut, 29:2-3] 
Maknanya, jelas apabila kita mengatakan kita mahu berubah menjadi lebih baik, atau dengan kata lainnya, mahu menjadi beriman. Maka Allah pasti akan memberikan kita ujian untuk menguji kita. Adakah kita benar-benar mahu mengkotakan hasrat yang berbuku di hati, atau ianya hanya sekadar kata. 
“Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.’  
[QS Ali ‘Imran, 3:142] 
Dalam konteks sekarang ni, cukup kalau kita lihat jihad kita dalam melawan hawa nafsu. Berapa ramai orang yang kononnya melaungkan dan menjerit slogan, “Aku mahu berubah!”, tapi apabila datangnya ujian yang bernama games, habis terlentok. Datang sahaja ujian yang namanya pornografi, habis terkulai. Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un. 
Lemahnya kita… 
Itu baru dihantar games, internet, bola dan makanan. Belum senapang, bom dan jet pejuang. 
Maka ingatlah wahai yang sedang membaca, ujian itu datangnya dari Allah, diberikan kepada kita agar kita kembali kepada Dia semula. Kalau kita lihat balik dalam surah Ali ‘Imran itu tadi, tujuan ujian yang diberikan kepada mereka yang mahu menjadi beriman ini adalah agar Allah dapat melihat, dan kita juga dapat melihat siapa yang benar dengan kata-katanya, dan siapa yang bersabar dalam menuju apa yang ia inginkan. 
Memang payah. Sebab kita sekarang nak menuju ke arah yang berlawanan dengan arus kehidupan. 
Di saat kawan-kawan kita mengatakan couple itu biasa, kita malah menjauhkan diri daripada dia. 
Di saat kawan-kawan kita mengatakan lepak buang masa itu normal, malah kita tidak melakukan itu semua. 
Inilah realiti zaman kita sekarang. 
+++ 
Cuba kita lihat dalam sirah, hanya keran keinginan untuk berubah sahaja, matinya Sumayyah bersama suaminya di atas padang pasir. Diseksanya Bilal bin Rabah dengan diltelakkan batu besar di atas dadanya di tengah terik matahari! Lagi, cuba teliti kisah ini, 
+++ 
Dengan demikian ia dapat melihat dengan jelas tawanan Quraisy yang terikat dengan tali, suara gemuruh perempuan, anak-anak dan remaja senantiasa mendorong tawanan itu menuju arena kematian, karena kaum Quraisy ingin membalas Muhammad atas kematian orang-orangnya ketika perang Badar dengan cara membunuhnya. 
Ketika rombongan yang garang ini dengan tawanannya, sampai di tempat yang telah disediakan, anak muda Sa’id bin Amir Al-Jumahi berdiri tegak memandangi Khubaib yang sedang diarak menuju kayu penyaliban, dan ia mendengar suaranya yang teguh dan tenang di antara teriakan wanita-wanita dan anak-anak, Khubaib berkata, 
“Izinkan saya untuk shalat dua raka’at sebelum pembunuhanku ini jika kalian berkenan.” 
Kemudian ia memandanginya, sedangkan Khubaib menghadap kiblat dan shalat dua raka’at, alangkah bagusnya dan indahnya shalatnya itu. 
Kemudian ia melihat, Khubaib seandainya menghadap pembesar-pembesar kaum dan berkata, 
“Demi Allah! Jika kalian tidak menyangka bahwa saya memperpanjang shalat karena takut mati, tentu saya telah memperbanyak shalat.” 
Kemudian ia melihat kaumnya dengan mata kepalanya, mereka memotong-motong Khubaib dalam keadaan hidup, mereka memotongnya sepotong demi sepotong, sambil berkata, 
“Apakah kamu ingin kalau Muhammad menjadi penggantimu dan kamu selamat?” 
Maka ia menjawab - sementara darah mengucur dari badannya, 
Demi Allah! Saya tidak suka bersenang-senang dan berkumpul bersama istri dan anak sedangkan Muhammad tertusuk duri” 
Maka orang-orang melambaikan tangannya ke atas, dan teriakan mereka semakin keras,
“Bunuh!-bunuh…!” 
Kemudian Sa’id bin Amir melihat Khubaib mengarahkan pandangannya ke langit dari atas kayu salib, dan berkata, 
“Ya Allah ya Tuhan kami! Hitunglah mereka dan bunuhlah mereka satu persatu serta janganlah Engkau tinggalkan satupun dari mereka” 
Kemudian ia menghembuskan nafas terakhirnya, dan di badannya tidak terhitung lagi bekas tebasan pedang dan tusukan tombak. 
+++ 
Sampai ke tahap ini mereka diuji. Tapi pernah tak mereka mengatakan, 
“Ah, sudah lah. Bosan dengan semua ni. Baik aku jadi jahat balik. Senang!” 
Tidak wahai saudaraku… 
Mereka bahkan sanggup mati hanya kerana mahu berubah, dan kekal dalam perubahan. 
Kalau kita macam mana? Sejauh dan sebesar mana ujian yang datang pada kita jika mahu dibandingkan dengan mereka? 
Ataukah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan pelbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata, “Bilakah datang pertolongan Allah?”. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”  

[QS al-Baqarah, 2:214] 
+++
Selepas ikhlaskan niat kita, lepas itu berusaha bersungguh-sungguh, dan jangan putus asa dengan ujian dan dugaan, maka yang terakhir saya mahu sampaikan ialah keyakinan. 
Keyakinan kita terhadap diri kita sendiri, dan keyakinan kita terhadap Allah. 
“You are what you think.” 
Kalau kita fikir yang kita ini serba cukup, tidak memerlukan siapa-siapa, maka kita memang selayaknya hidup sendirian. 
Tapi jika kita merasakan diri kita lemah, dan hanya mampu kuat apabila adanya pertolongan dari Allah. Maka pasti, Allah akan sentiasa bersama kita. 
Allah SWT akan bertindak sesuai dengan usaha kita. 
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”  
[QS Muhammad, 47:7] 
Dan, 
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”  
[QS Ali ‘Imran, 3:139] 
Yakinlah dengan Allah. Bahawa dia akan membantu kita, jika kita mahu mahu membantu diri kita sendiri. 
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana, maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.  
[QS Ar-Ra'd, 13:11] 
+++ 
Cukuplah. Mulakanlah perubahan dari dalam diri anda, kemudian di persekitaran anda. 
Tiada istilah tidak mampu, dalam hendak berubah. Tiada istilah tidak kuat, dalam hendak berubah. Tiada istilah belum sampai seru, dalam hendak berubah. Tiada istilah tidak cukup ilmu, dalam hendak berubah. 
Yang ada cuma, 
MAHU atau TIDAK MAHU. 
Kalau tidak mahu, maka kekal lah kamu duduk dalam keadaan yang indah dari mata pandangan nafsu di dunia ini, tetapi insya-Allah tidak di akhirat. 
Kalau mahu, maka berhijrahlah kamu tanpa pernah cuba memberikan alasan, tetapi berusaha dalam mencari "jalan". Berhijrah ke mana? Bukan nak suruh ke Madinah atau Habsyah, tetapi kepada Allah SWT. Cukup. 
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk (mencari keredhaan) Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami, Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”  

[QS Al-Ankabut, 29:69] 
Maka, ikhlaskan niat, usaha sungguh-sungguh, jangan putus asa, dan yakin dengan pertolongan Allah. 
Determination, effort, never give up, and believe...
Wa Allahu ‘alam 

Friday, August 3, 2012

TATA CARA SERTA DO'A SHALAT TAHAJUD

Shalat Tahajud adalah shalat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, dimulai selepas isya sampai menjelang subuh.


Jumlah rakaat pada shalat ini tidak terbatas, mulai dari 2 rakaat, 4, dan seterusnya.
A. Pembagian Keutamaan Waktu Shalat Tahajud
  1. Sepertiga malam, kira-kira mulai dari jam 19.00 sampai jam 22.00
  2. Sepertiga kedua, kira-kira mulai dari jam 22.00 sampai dengan jam 01.00
  3. Sepertiga ketiga, kira-kira dari jam 01.00 sampai dengan masuknya waktu subuh.
B. Niat shalat tahajud:

Ushallii sunnatat-tahajjudi rak’ataini lillaahi ta’aalaa.

Artinya: “Aku niat shalat sunat tahajud dua rakaat karena Allah”

C. Doa yang dibaca setelah shalat tahajud:

Rabbanaa aatina fid-dun-yaa hasanataw wa fil aakhirati hasanataw wa qinaa adzaaban-naar.

Artinya: “Ya Allah Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan hindarkanlah kami dari siksa api neraka.”

Dalam hadits Bukhari dinyatakan, bahwa rasulullah jika bangun dari tidurnya di tengah malam lalu bertahajud membaca doa:
اَللّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُوْرُ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ، وَلَكَ الْحَمْدُ، أَنْتَ الْحَقُّ، وَوَعْدُكَ الْحَقُّ، وَقَوْلُكَ الْحَقُّ، وَلِقَاؤُكَ الْحَقُّ، وَالْجَنَّةُ حَقٌّ، وَالنَّارُ حَقٌّ، وَالنَّبِيُّوْنَ حَقٌّ، وَمُحَمَّدٌ حَقٌّ، وَالسَّاعَةُ حَقٌّ، اَللّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ. فَاغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لاَ إِلٰهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَنْتَ إِلٰهِيْ لاَ إِلٰهَ إِلاَّ أَنْتَ


Artinya: “Ya, Allah! Bagi-Mu segala puji, Engkau cahaya langit dan bumi serta seisinya. Bagi-Mu segala puji, Engkau yang mengurusi langit dan bumi serta seisinya. Bagi-Mu segala puji, Engkau Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta seisinya. Bagi-Mu segala puji dan bagi-Mu kerajaan langit dan bumi serta seisi-nya. Bagi-Mu segala puji, Engkau benar, janji-Mu benar, firman-Mu benar, bertemu dengan-Mu benar, Surga adalah benar (ada), Neraka adalah benar (ada), (terutusnya) para nabi adalah benar, (terutusnya) Muhammad adalah benar (dari- Mu), peristiwa hari kiamat adalah benar. Ya Allah, kepada-Mu aku pasrah, kepada-Mu aku bertawakal, kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu aku kembali (bertaubat), dengan pertolongan-Mu aku berdebat (kepada orang-orang kafir), kepada-Mu (dan dengan ajaran-Mu) aku menjatuhkan hukum. Oleh karena itu, ampunilah dosaku yang telah lalu dan yang akan datang. Engkaulah yang mendahulukan dan mengakhirkan, tiada Tuhan yang hak disembah
kecuali Engkau, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang hak disembah kecuali Engkau”.
D. Setelah itu, perbanyaklah membaca istigfar sebagai berikut:

Astagfirullaahal azhim wa atuubu ilaiih

Artinya: “Kami memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung dan kami pun bertaubat kepada-Nya”

E. Keutamaan Shalat Tahajud

Sahabat Abdullah bin Salam mengatakan, bahwa Nabi Muhammad saw bersabda:

“Hai sekalian manusia, sebarluaskanlah salam dan berikanlah makanan serta sholat malamlah diwaktu manusia sedang tidur, supaya kamu masuk Surga dengan selamat.” (HR Tirmidzi)

Bersabda Nabi Muhammad saw:

“Seutama-utama shalat sesudah shalat fardhu ialah shalat sunnat di waktu malam.” (HR Muslim)

Selain itu, Allah sendiri juga berfirman:

Pada malam hari, hendaklah engkau shalat Tahajud sebagai tambahan bagi engkau. Mudah-mudahan Tuhan mengangkat engkau ketempat yang terpuji. (QS Al-Isra: 79)

Dari Jabir r.a., ia barkata, “Aku mendengar Rasulullah saw. Bersabda: Sesungguhnya pada malam hari itu benar-benar ada saat yang seorang muslim dapat menepatinya untuk memohon kepada Allah suatu kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah akan memberikannya (mengabulkannya); dan itu setiap malam.” (HR Muslim dan Ahmad)

“Lazimkan dirimu untuk shalat malam karena hal itu tradisi orang-orang saleh sebelummu, mendekatkan diri kepada Allah, menghapus dosa, menolak penyakit, dan pencegah dari dosa.” (HR Ahmad)

F. Kiat Mudah Shalat Malam/Qiyamullail

Agar kita diberi kemudahan bangun malam untuk melakukan shalat malam, cobalah tips-tips berikut ini:
  1. Aturlah aktivitas di siang hari agar malamnya Anda tidak kelelahan. Sehingga tidak membuat Anda tidur terlalu lelap.
  2. Makan malam jangan kekenyangan, berdoa untuk bisa bangun malam, dan jangan lupa pasang alarm sebelum tidur.
  3. Hindari maksiat, sebab menurut pengalaman Sufyan Ats-Tsauri, “Aku sulit sekali melakukan qiyamullail selama 5 bulan disebabkan satu dosa yang aku lakukan.”
  4. Ketahuilah fadhilah (keutamaan) dan keistimewaan qiyamulail. Dengan begitu kita termotivasi untuk melaksanakannya.
  5. Tumbuhkan perasaan sangat ingin bermunajat dengan Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
  6. Baik juga jika janjian dengan beberapa teman untuk saling membangunkan dengan miscall melalui telepon atau handphone.
  7. Buat kesepakatan dengan istri dan anak-anak bahwa keluarga punya program tahajud bersama sekali atau dua malam dalam sepekan.
  8. Berdoalah kepada Allah swt. untuk dipermudah dalam beribadah kepadaNya. (fn/aa/ab).

Wednesday, June 6, 2012


JALAN UNTUK MENGENAL ALLAH


Bismillahir rohmanir rohim..
Ada dua jalan untuk mengenal Allah SWT:
PERTAMA : Mengenal Allah lewat akal

Akal adalah salah satu sarana untuk mengenal Allah. Fungsi akal adalah untuk berfikir dan merenung. Seseorang yang memperhatikan ayat-ayat Al Qur’an yang menggugah akal untuk berfikir dan merenung, sehingga sampai pada hakekat kebenaran yang tidak diragukan lagi (13:3/16:11/27:52)Allah sangat mencela orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya dan akan memasukan mereka kedalam neraka jahannam kelak (7:179)

Ayat-ayat Allah yang dapat kita saksikan ada dua macam yaitu : ayat Allah yang ada di alam ini (ayat kauniyah) dan ayat Allah yang ada di dalam Al Qur’an (ayat Qur’aniyyah)

I. Ayat Kauniyyah


Sesungguhnya banyak sekali fenomena-fenomena yang terdapat di mayapada ini yang menunjukan kebesaran Allah (2:164/51:20,21/3:190,191)

1. Fenomena Terjadinya Alam (39:5)Diantara sesuatu yang wajib diterima akal adalah bahwa setiap sesuatu yang ada pasti ada yang mengadakan. Begitu juga alam semesta ini, tentu ada yang menjadikannya (52:35)

1. Fenomena Kehendak yang TinggiKalau anda memperhatikan alam ini, anda akan menemukan bahwa alam ini sangat tersusun rapi. Hal ini menunjukan bahwa di sana pasti ada kehendak agung yang bersumber dari Sang Pencipta Yang Maha Pintar dan Bijaksana (67:3). Kita ambil beberapa contoh : seandainya matahari hanya memberikan panasnya kepada bumi sebanyak setengah dari panasnya sekarang, pastilah kita membeku karena kedinginan dan sendainya panasnya bertambah setengah pastilah kita telah menjadi abu. Seandainya malam lebih panjang sepuluh kali dari malam sekarang ini, tentulah matahari pada musim panas akan membakar seluruh tanaman disiang hari dan di malam hari seluruh tumbuhan membeku.

1. Fenomena KehidupanBila anda perhatikan makhluk yang hidup di muka bumi anda akan menemukan berbagai jenis dan bentuknya, serta berbagai macam cara hidup dan berkembang biak (24:25/6:38)Semua itu menunjukan bahwa di sana ada zat yang menciptakan membentuk, menentukan rizkinya dan meniupkan ruh kehidupan pada dirinya (29:20/21:30)Bagaimana pintarnya manusia tentu ia tidak akan dapat membuat makhluk yang hidup dari sesuatu yang belum ada. Allah SWT menantang manusia untuk membuat seekor lalat, jika mereka mampu (22:73, 74/46:4)

1. Fenomena Petunjuk dan IlhamKetika kita mempelajari alam semesta ini kita akan melihat suatu petunjuk yang sempurna dari yang sekecil-kecilnya sampai yang sebesar-besarnya. Bagaimana kita dapat memberikan argumentasi petunjuk ini? Bagaimana ia dapat terwujud? Bagaimana ia dapat langgeng?Sungguh disitu terdapat jawaban yang diberikan akal, yaitu adanya zat yang memberi hidayah (petunjuk) (20:50)Seorang bayi ketika dilahirkan ia menangis dan mencari putting susu ibunya. Siapa yang mengajari bayi tersebut?Seekor ayam betina mengerami telurnya ia membolak-balikan telurnya, agar zat makanan yang terdapat pada telur tersebut rata, dengan demikian telur tersebut dapat menetas. Secara ilmiah akhirnya diketahui bahwa anak-anak ayam yang sedang diproses dalam telur itu mengalami pengendapan bahan makanan pada tubuhnya dibagian bawah. Jika telur tersebut tidak digerak-gerakkan niscaya zat makanan yang ada dalam tersebut tidak merata, dengan demikian ia tidak bisa menetas. Siapa yang mengajarkan ayam berbuat demikin?Akal yang sehat akan berpendapat bahwa di sana pasti ada yang memberi hidayah (petunjuk) dan Al Qur’an menerangkan bahwa zat yang meberi hidayah itu adalah Allah yang menciptakan lalu memberi hidayah

1. Fenomena Pengabulan Do’a Kita sering mendengar seseorang yang ditimpa suatu musibah yang membuat hatinya hancur luluh, putus harapan, lalu ia berdo’a menghadap Allah SWT, tiba-tiba musibah itu hilang, kebahagiaanpun kembali dan datanglah kemudahan setelah kesusahaan. Siapa yang mengabulkan doa?Sudah menjadi suatu yang logis bila seorang menghadapi bahaya pasti menghadap Allah SWT dan berdoa. Firman Allah (17:67/10:22,23/6:63, 64). Siapa yang mengabulkan doa itu?Fenomena-fenomena yang menunjukan adanya Allah sangat banyak sekali. Barang siapa yang menginginkan tambahan hendaklah membaca alam yang maha luas ini, dan memperhatikan penciptaan langit dan bumi serta manusia, pasti akan menemukan dalil-dalil dan bukti yang jelas akan adanya Allah (41:53)

II. Ayat Qur’aniyyah

Ayat-ayat Allah yang terdapat dalam Al Qur’an berupa ajaran-ajaran konsep hidup, peraturan yang lengkap adalah merupakan mu’jizat yang riil yang menunjukan akan adanya Allah Mu’jizat itu terdapat pada :

1. Keindahan penyampiannya, ketinggian bahasanya dan kerapian susunan ayat-ayatnya, yang sampai kini tak seorang manusiapun yang mampu dan sanggup menandinginya atau membuat walaupun satu ayat, Al Qur’an menantang siapa yang sanggup mendatangkan satu surat ataupun satu ayat yang semisal (2:23/10:38/11:13/17:88)

2. Pemberitahuan Al Qur’an tentang hal ihwal kaum Aad, Tsamud, Kaum Nabi Luth, Tentang Maryam, Nabi Isa dll. (9:70/14:9/50:12, 13, 14)Semua itu datang lewat lisan seorang yang ummi – tidak bisa membaca tidak bisa menulis – tidak pernah belajar kepada seorang guru serta tidak pernah hidup ditengah masyarakat berilmu atau dilingkungan Ahli Kitab (29:48). Semua itu menunjukkan bahwa Al Qur’an datang dari Allah SWT.

1. Pemberitahuan Al Qur’an tentang kejadian-kejadian yang akan datang, persis seperti dikatakan Al Qur’an : * · Pemberitahuan Al Qur’an tentang kekalahan bangsa Persia atas bangsa Romawi (30:1,2,3) * · Janji Allah kepada kaum Muslimin untuk menjadikan mereka pemimpin (khalifah) di muka bumi sebagaimana ummat sebelum mereka (24:55). Dan janji Allah itu betul-betul terjadi. Pada masa Nabi SAW kaum muslimin telah menguasai jazirah Arab. Pada masa sahabat mereka telah menguasai dan sampai ke Persia. Kemudian menguasai Romawi di Syam, Mesir dan sekitarnya. * · Janji Allah kepada kaum muslimin dengan kemenangan pada perang Badar (8:7) * · Janji Allah kepada Rasul-Nya bahwa ia akan memasuki Masjid Haram (48:27) * · Pemberitahuan Al Qur’an bahwa Abu Lahab akan mati dalam keadaan musyrik. Semua hal tersebut diatas terjadi sebagaimana dikatakan dalam Al Qur’an Al Karim.

1. Penemuan ilmiah yang tidak mungkin akan ditemukan oleh seseorang yang ummi, yang tak pernah belajar, tidak bisa membaca dan menulis.• Pemberitahuan Al Qur’an bahwa mulanya bumi dan langit satu, kemudian terpisah dari langit (21:30)• Tentang asal kejadian manusia (22:5)• Pemberitahuan Al Qur’an bahwa sumber rasa adalah urat syaraf yang terletak dibawah kulit (4:56)• Pemberitahuan Al Qur’an tentang hampa udara bila manusia semakin tinggi naik ke langit (6:125)• Pemberitahuan Al Qur’an bahwa bumi ini bundar (39:5)Ini sebagian penemu-penemu ilmiah yang tertera dalam Al-Qur’an yang dibuktikan kebenarannya oleh sains dan teknologi modern. Dan ini sebagai bukti kebenaran Al Qur’an dari Allah semata.

1. Syari’at dan peraturan yang terkandung dalam Al Qur’an dapat kita lihat dari beberapa segi:• Kelengkapan peraturan tersebut (syumul). Tidak ada satu amal perbuatan pun dari yang sekecil-kecilnya sampai yang sebesar-besarnya kecuali Islam telah menerangkan hukum dan caranya (6:38/16:89)• Kesesuaian di segala zaman dan tempat. Sebab Al Qur’an diturunkan sebagai petunjuk bagi seluruh manusia sampai hari kiamat (21:107/34:28/7:158)• Kekal sampai hari kiamat. Syariat Islam adalah syari’at yang kekal sampai hari kiamat (15:9)Semua yang tersebut diatas berupa ayat-ayat Allah, baik yang terdapat dalam Al Qur’an (4:82) atau yang terdapat dalam alam semesta (41:53) ini menunjukan keberadaan Allah SWT Yang Maha Mencipta, Maha Mengetahui dan menunjukan kebenaran Islam.

 

Monday, May 28, 2012






As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar..
Apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahan Itali, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua sebegini.”

Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang Itali itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah. Penggantungan beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika.

Semoga Allah meninggikan darjat As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar di syurga. Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama mereka-mereka yang riang gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati.

As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid.

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka."
(Surah al-Baqarah ayat 120).

Sedarlah shbt2 sasaran sebenar golongan yang benar2 memusuhi Islam di setiap negara Islam ialah para Ulama'

Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk mengikuti jejak langkan As Syahid As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar, Amin..

Friday, May 25, 2012

Tangan Siapa Rosakkan Anak Kita?


Oleh : Dr Juanda Jaya ( Mufti Perlis)
Nabil berumur sepuluh tahun ketika pertama kali didera kerana mencuri wang milik ayahnya. Rosli dan Zainab pasangan suami isteri yang cukup berjaya sebagai guru. Setiap hari mereka bertungkus lumus mendidik murid-murid menjadi insan cemerlang apakan daya anak sendiri tak mampu diuruskan. Kedua-duanya sama panas baran, mungkin disebabkan tekanan kerja yang dibawa pulang ke rumah. Kasihan Nabil setiap hari makanannya adalah maki hamun dan ugutan ditambah dengan tamparan dan hentakan di kepala. Semakin dihajar dengan kekerasan Nabil semakin liar dan memberontak. Dia putus asa dan memandang dirinya tidak berguna, tidak disayangi dan terbuang. Sementara itu ibu dan ayahnya makin tertekan dan malu dengan sikap anak mereka yang semakin teruk. Bukan hanya duit dan barang di rumah yang hilang, di sekolah dan rumah jiran juga dicuri. Ayah dan ibunya mengikat kaki dan tangan Nabil dengan rantai besi dan seluruh tubuhnya jadi sasaran pukulan. Begitukah didikan yang diajarkan agama? Dimanakah ilmu psikologi yang telah dituntut para orang tua dan guru? Bagaimana Nabi Muhammad SAW mendidik anak-anaknya?
Suatu hari Rasulullah SAW mengajak seorang kanak-kanak berdialog, baginda menyuruh kanak-kanak lelaki yang bernama Abdullah bin Abbas itu naik ke punggung untanya. Nabi SAW duduk dihadapan dan Abdullah di belakang. Kedua-duanya bersembang dengan penuh kasih sayang, mesra dan gembira. Di tengah-tengah perbualan mereka yang rancak, Rasulullah SAW menyelitkan ilmu yang tinggi nilainya secara tidak langsung kepada si kecil Abdullah. ”Wahai budak kecil, peliharalah Allah (syariat Allah) nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya kamu akan mendapatkan-Nya di hadapanmu, jika kamu meminta mintalah pada Allah, jika kamu mohon pertolongan pohonlah kepada Allah.”
Si kecil yang amat berminat ini terus memerhati setiap perkataan yang keluar dari lisan Nabi yang suci. Setiap mata yang memandang kepada Nabi SAW akan merasai rahmat dan kasih sayangnya. Kelembutan dan kemuliaan akhlak Baginda SAW mampu mencairkan kerasnya hati manusia. Baginda SAW bukan hanya diutus untuk lelaki dan wanita dewasa, tetapi kanak-kanak juga berhak ke atas syariah yang dibawa baginda SAW.
Pernah suatu ketika baginda menyapa seorang kanak-kanak: ”Wahai anakku, apakhabar burung kamu?” Bahkan baginda menyuruh para bapa supaya mencium anak-anak mereka yang kecil sambil bersabda: ”Sesiapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi.” Tidak pernah disebutkan dalam sirah baginda yang agung peristiwa penderaan terhadap kanak-kanak pada saat itu. Mereka hidup dalam kasih sayang dan penjagaan Nabi mereka dengan penuh rahmat. Mereka dididik dengan tarbiyah yang sempurna. Ditanamkan iman dan diajarkan akhlak yang mulia.
Maka lahirlah kanak-kanak yang berjiwa pahlawan, seperti anak Umar bin Khattab. Abdullah bin Umar ketika peperangan Badar dia menangis sekuat hatinya di hadapan Rasulullah SAW bukan kerana takut melihat darah dan mayat tetapi dia menangis kerana tidak diizinkan ikut berperang melawan orang-orang kafir. Abdullah bin Umar di dalam kisah biografinya disebutkan bahawa Beliau telah tumbuh dewasa menjadi seorang pemuda yang terlalu cintakan Rasulullah SAW hinggakan dia suka mengikut cara-cara Rasulullah berjalan, menghafal setiap perkataan baginda SAW dengan meriwayatkan banyak hadis, bahkan ketika dalam pemusafiran beliau juga berhenti di tempat yang Rasulullah pernah berhenti, sembahyang di tempat Rasulullah pernah bersembahyang dan berdoa di tempat Rasulullah pernah berdoa. Sehingga Aisyah pernah berkata: ”Tidak ada seorang pun mengikut jejak langkah Rasulullah di tempat-tempat perhentiannya sebagaimana yang dilakukan oleh Abdullah bin Umar.” Cintanya kepada Rasulullah SAW begitu kuat dan sentiasa hidup dihati walaupun baginda telah tiada di sisi.
Bagaimana dengan anak-anak kita sekarang? Sungguh kasihan mereka yang tidak mendapat didikan agama. Persekitaran yang serba materialistik sedikit sebanyak mempengaruhi keperibadian mereka. Ibu bapa yang tertekan tanpa iman yang cukup tidak mampu membimbing mereka dengan nilai-nilai murni. Agama semakin dijauhi, dunia semakin digilai. Nak hantar anak pergi mengaji dengan bayaran RM.50 kena fikir dua tiga kali. Tapi hantar pergi kelas bahasa Inggeris seharga RM 200 tak payah fikir lagi. Ibu bapa terlalu sibuk, serah didikan kepada guru dan orang gaji. Masa untuk anak hanya ada saat keduanya keletihan, sembahyang ditinggalkan dan cukup menyumbat mulut sang anak dengan wang jika mereka menagih kasih sayang.
Jika anak tidak diberi peluang mengenali hati ibunya, sampai bila-bila dia tidak akan sudi menyentuhnya. Akan lahirlah anak-anak akhir zaman yang ego, membuang ibu mereka yang uzur di atas katil tanpa kasih sayang. Oh iman mengapa semakin menipis di hati kita.
 

Monday, March 5, 2012

Friday, February 24, 2012

Ayat-ayat Benteng Pertahanan Diri

Ayat-ayat Benteng Pertahanan Diri, Keluarga Dan Harta Benda

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;

i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv. Ayat Berkubu
v. Ayat Penggerak



1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

BACAAN Al-Muawwizat iaitu;

1. Surah Al-Ikhlas


2. Surah Al-Falaq




3. Surah An-Naas



CARA
1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat.
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa.
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah).
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas.
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari.

2.0 AYATUL KURSI

BACAAN



Terjemahan;

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.(Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah).
Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN
BACAAN



Terjemahan:

(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur’an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai. (7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA

1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai
bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali.
Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

4.0 AYAT BERKUBU



BACAAN


Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA

Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas.
Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0 AYAT PENGERAK

BACAAN



Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA

Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.

Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

Darulssyifa

Thursday, February 2, 2012

JIHAD MEMERANGI AQIDAH FAHAMAN JAHILLIAH MODEN

Firman Allah SWT;

"Orang-orang yang kafir (tidak beriman) serta menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, Allah sia-siakan SEGALA AMAL MEREKA.

Dan (sebaliknya) orang-orang yang BERIMAN dan mengerjakan amal yang soleh serta BERIMAN kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, Allah MENGAMPUNKAN DOSA DOSA mereka dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di akhirat).

Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya orang-orang yang kafir (tidak beriman) menurut perkara yang SALAH dan sesungguhnya orang-orang yang BERIMAN menurut perkara yang BENAR dari Tuhan mereka.

Demikianlah Allah MENERANGKAN KEPADA UMAT MANUSIA akan SIFAT(perilaku/sifat) dan akibat BAWAAN (cara hidup) mereka MASING - MASING".

[Muhammad:1-3]

Firman Allah SWT;

“Katakanlah: Sesungguhnya SEMBAHYANGKU dan IBADATKU, HIDUPKU, dan MATIKU, hanyalah untuk ALLAH Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”

(Al-An’am 6:162),.....Pengakuan Sumpah Ikral Kita Kepada Allah SWT & Penghayatan Pecahan Maksud Yang Terkandung Kalimat TAUHID/SYAHADAH kita setiap kali dibaca ketika solat "SEMBAHYANGKU dan IBADATKU, HIDUPKU, dan MATIKU, hanyalah untuk ALLAH", so are we IMPLEMENTED it with FULL UNDERSTANDING or we just follow (Takliq Buta/Ikut Ikutan) what other people that it's look like Muslim then just do?

Allah berfirman;

"Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berILMU".

[Al 'Ankabut : 43]

Firman Allah SWT;

“Sesungguhnya Kami menolong RASUL - RASUL Kami dan ORANG ORANG yang BERIMAN pada KEHIDUPAN DUNIA dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari Kiamat)”.

(Al-Mukmin; 51)

Allah berfirman :

“Allah telah menetapkan: “AKU dan RASUL- RASUL KU PASTI MENANG”. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa”.

(QS. Al-Mujadalah ; 21).

NO MAN GREATER THEN NABI MUHAMMAD SAW & HIS PURE FOLLOWERS.

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

”Sentiasa ada SEGOLONGAN umatku yang selalu memPERJUANGkan yang HAQ. Mereka selalu MENANG sampai hari kiamat".

Allah SWT berfirman;

"Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia."

(Al Isra’ : 53)

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu."

[Al An'aam:112]

Allah SWT berfirman;

"HAI ORANG ORANG YANG ber**IMAN**, MASUKLAH KAMU KEDALAM ISLAM KESELURUHANNYA, DAN JANGANLAH KAMU TURUT LANGKAH LANGKAH SYAITAN. SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA BAGIMU".

(Al-Baqarah:208)

Nabi Muhammad SAW bersanda;

"Menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan MAKANANNYA HARAN, MIMUMANNYA HARAM DAN PAKAIANNYA HARAM. DAN DIA DIBESARKAN DENGAN MEMAKAN MAKANAN HARAM, MAKA BAGAIMANAN KAMI MAHU MENGKABULKAN DOANYA".

( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan DOA KITA, JERNIHKAN MATA HATI KITA & TANGGUNGAN KITA UNTUK MENDAPAT HIDAYAH PETUNJUK BAGI MENINATI & SETERUSNYA MEMAHAMI AGAMA ISLAM ALLAH YANG BERSIH LAGI SUCI DARI SEGALA KECELARUAN YANG BERSIFAT AMAT BERCAHAYA INI, JIKA KITA HANYA BERIBADAH SECARA IKUT IKUTAN TANPA DIBERI-NYA "FAQEH" (FAHAM) disebabkan SIKIP KITA YANG TERUS MENERUS bersahaja mengerjakan bagi mencari pendapatannya yang berunsur RASUAH, PECAH AMANAH, PENIPUAN SEGALA MACAM DALAM TUTUTAN ALLOWANCE KERJA, SALAH GUNA WAKTU BEKERJA, MENZALIMI RAKAN SEKERJA DEMI HABUAN PENCAPAIAN KPI & segala urusan harian penuh yang dipenuhi perkara HARAM dengan bersahaja bergelumang dengan RIBA dalam urusan, pinjaman pelajaran yang HARAM, keretanya HARAM, rumahnya HARAM, kad kreditnya HARAM, insurannya HARAM, simpanan banknya HARAM,?.

Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik TANPA MELOLOSKAN DIRI dari RIBA & segala perihal pendapatan HARAM adalah PENIPUAN kata Imam Hasan Al-Basri.

Telah berkata Saidina Abdullah Bin Umar RA:

"Jika kamu terus bersembahyang hingga tulang belakangmu menjadi bongkok dan kamu berpuasa pula hingga badanmu menjadi seperti lidi, tetap tidak akan diterima semua itu melainkan dengan warak yang tebal (menjaga HALAL HARAM)".

"Siapa yang menjaga MAKANNYA dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah".

[Saiyidina Umar Al-Khattab]

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

"Barang sesiapa solatnya tidak mencegahnya dari perbuatan keji & mungkar, ia tidak bernilai apa-apa selain semakin MENJAUHKAN DIRINYA DARI ALLAH".

(HR Al-Thabrani dari Ibn 'Abbas r.a.)

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

“Tidak seorangpun yang BEKERJA untuk mendapatkan KEKAYAAN dengan jalan HARAM kemudian ia membelanjakan pada-NYA dengan harapan mendapat BERKAT daripadanya dan ia BERSEDEKAH dengannya dengan harapan sedekah itu akan DITERIMA dan MENINGGALKAN HARTA PUSAKA (sesudah meninggal) MELAIKAN SEMUA ITU SEBAGAI BEKALAN KE NERAKA”.

(Riwayat Ahmad).

Dari Ibnu ‘Umar r.a., katanya:

"Kudengar Rasulullah s.a.w. bersabda katanya: "Tidak diterima sembahyang tanpa bersuci, begitu pula derma yang didapat dari korupsi (pecah amanah dll)."

(Riwayat Muslim)

TINGGALKAN SEGALA PERKARA HARAM YANG TERMAMPU OLEH DIRI & KELUARGA KITA DAN WAJIB MENINGGALKAN GOLONGAN PEMERINTAH YANG TERNYATA BERIMAN PALSU DENGAN MENGAKU ISLAM YANG SENTIASA TERUS MEMPERJUANGKAN & MENEGAKKAN SEGALA SISTEM PEMERINTAHAN KAFIR SERTA MENGERJAKAN SELURUH URUSAN PENCAPAIAN & PENDAPATAN RAKYAT YANG TERUS BERCAMPUR ADUK DENGAN PERKARA YANG HARAM!!!HARAM!!!HARAM!!!

Sabda Rasulullah S.A.W.

(Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang BAIK nescaya dijadikannya Faqeh (FAHAM) dalam perkara agama Islam).

(Bukhari Muslim)

Allah SWT berfirman;

"Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan."

(Toha:114)

Sentiasalah Kita Berdoa padaNYA;

"Allahumma faqqih'na fiddin, wa 'allim'na ta'wiil"

(Ya Allah, "FAHAM"_kan daku dalam urusan agama, dan "FAHAM"_kanlah daku dalam ilmu tafsir)

Rasulullah SAW bersabda :

"JADILAH KAMU orang yang MENGAJAR atau BELAJAR atau PENDENGAR (orang mengaji), atau PENCINTA (mencintai ilmu) dan janganlah kamu menjadi orang yang kelima (ertinya tidak mengajar, tidak belajar, tidak suka mendengarkan pengajian & tidak mencintai ilmu), maka KAMU AKAN HANCUR".

(HR. Al-Baihaqi)

Dr Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya 'Kewajipan Pemuda Masa Kini' menggariskan 4 perkara utama yang MESTI ADA PADA DIRI SESEORANG PEMUDA & PEMUDI YANG MENGANUT AGAMA ISLAM :-

1- WAJIB memahami Islam dengan BETUL dan TEPAT!!!
2- WAJIB menjadikan Islam sebagai CARA HIDUP!!!
3- WAJIB menyeru masyarakat kepada ISLAM!!!
4- WAJIB meletakkan diri dalam GERAKAN DAKWAH ISLAM!!!

ISLAM ITU ADALAH AGAMA ALLAH, DAN ALLAH HANYA AKAN "REDHA" DENGAN MENYUSURI AGAMA ALLAH ITU DENGAN RUKUN - RUKUNNYA YANG TELAH DITENTUKAN-NYA SAHAJA.

Imam Syafie berkata:

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah FAHAM LANDASAN ILMU”.

Allah SWT berfirman;

"Demi MASA!!!"

"Sesungguhnya MANUSIA itu dalam KERUGIAN;"

"KECUALI orang-orang yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH;

dan mereka pula BERPESAN - PESAN dengan KEBENARAN;

serta BERPESAN - PESAN dengan SABAR".

[Al-Asr]

Wallahu a’lam.

Thursday, January 26, 2012

REFORMIS YANG MENGGONCANG KERAJAAN SEKULAR MESIR


Imam As-syahid Hassan Al Banna(14 oct 1906- 12 feb 1949)

Hassan al Banna merupakan reformis dan ahli politik Mesir yang terkenal sebagai pengasas gerakan Ikhwanul Al-Muslimin. dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.

Bapanya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna, merupakan seorang seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal, lulusan Universiti Al-Azhar, dia banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.

Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922 .

Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin. Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang penjajahan British . Pada tahun 1923 , pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah.

Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional.

Kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian, beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai. Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.

Di tahun akhirnya di Dar al-'Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang menzuhudkan dirinya menjadi "penasihat dan guru" bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat megajar mereka "matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan". Dia mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan Suez. Al-Imam Hassan al-Banna kemudainnya menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.

Sebagai tambahan kepada kelas siangnya, dia melaksanakan matlamatnya memberi kelas malam bagi keluarga anak muridnya. Dia juga berceramah di masjid, malah dikedai kopi, yang masa itu masih baru dan dipertikaikan nilai moralnya. Pada awalnya, sesetengah pandangannya berkenaan perlaksanaan Islam yang mudah mendorong kepada tentangan hebat dengan elit keagamaan tempatan, dan dia mengamalkan polisi mengelakkan kontrovesi agama. Setelah berkhidmat 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di bandar itu.

Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh. Ternyata Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu, memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas. Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.

Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah ditembak pada waktu Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.

Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.

Berinspirasikan perjuangan beliau lahirlah gerakan-gerakan islam diserata dunia seperti PAS(Malaysia) dan Hamas(Palestin)

As-Syahid Sayid Qutb (Okt 1906-Ogos 1966)




Sayid Qutb atau nama penuhnya Sayid Qutb Ibrahim Husin Shazali. Dilahirkan pada 9 okt 1906 di Asyut, Mesir. Dilahirkan dalam keluarga yang taat pada pegangan agama dan berpegang teguh pada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Ibu bapanya memainkan peranan penting dalam membentuk Sayid Qutb menjadi pencinta Al-Quran sejak kecil lagi, buktinya Sayid Qutb berjaya menghafaz Al-Quran seawal umurnya mencecah 10 tahun. Di awal persekolahan Sayid Qutb digambarkan oleh guru-gurunya sebagai murid yang sangat bijak dan cenderung dalam bidang sastera dan penulisan.Sesudah meningkat dewasa beliau kemudiannya berhijrah ke kaherah pada tahun 1920 sewaktu usianya menjangkau 14 tahun. Di Kaherah beliau menetap dengan saudaranya Ahmad Husin Uthman seorang wartawan berkelulusan Al-Azhar.Ahmad Husin Uthman antara individu pertama yang mendedahkan beliau dalam bidang penulisan.Ahmad Husin juga bertanggungjawab memperkenalkan beliau kepada Abbas Mahmud Aqqad yang pada ketika itu memimpin parti Al-Wald .Aqqad Kemudiannya memberi beliau peluang menyerlahkan bakat penulisannya melalui penulisan artikel dan penulisan berbentuk sastera dan kesenian dalam akhbar rasmi parti itu Al-Balagh, semua ini berlaku pada tahun 1921.Penulisannya ketika itu lebih bertemakan ketidak adilan sosial dan kesenian. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dengan memasuki sekolah Latihan Rendah Abdul Aziz dan menjadi guru sekolah rendah sebaik sahaja tamat pengajian demi untuk menampung keluarganya yang hilang tempat bergantung setelah kematian ayahnya. Kehidupannya Di Kaherah mendedahkan beliau kepada senario kehidupan masyarakat disana yang dikuasi golongan aristokrat yang memberi kesetiaan pada penjajah Inggeris. Turut berlaku ketidak adilan sosial dalam sistem penghidupan masyarakat disana.Golongan miskin ditindas, turut terhakis nilai-nilai tata susila dan jati diri akibat pengaruh penjajah dan akibat kehancuran revolusi rakyat Mesir, revolusi Urabi 1881. Pada tahun 1928 beliau sekali lagi melanjutkan pelajaran untuk memperbaiki taraf hidup dengan memasuki Tajhiziyyah Dar Al-Ulum sekolah persediaan Darul Ulum dan berkat kesungguhannya beliau berjaya memasuki Darul Ulum pada tahun 1930. Sewaktu belajar disana beliau telah membuat satu kajian mengenai kesusteraan dan Kajian beliau kemudian dibukukan.Setelah tamat pengajian dan mendapat Sarjana Muda dengan Diploma Pendidikan beliau kemudiannya menjadi guru dalam tempoh 6 tahun sebelum beralih ke Kementerian Pelajaran. Disana beliau bertugas selama 8 tahun dari tahun 1940-1948, sebelum dihantar ke Amerika akibat tindakan beliau yang tidak disenangi Menteri Pelajaran kerana tindakan beliau merancang berbagai-bagai pembaharuan dan sikap berani bersuara tanpa menghiraukan risiko. Selain dari itu beliau juga aktif menulis rencana-rencana berunsur politik dalam beberapa majalah.Pada ketika ini penulisan beliau lebih menekan konsep pembaikan ajaran islam dan mengajak masyarakat kembali kepada pegangan AL-Quran dan As-Sunnah berbeza dengan tulisannya ketika bersama Aqqad.Ketika ini beliau lebih menitik beratkan isu-isu aqidah kerana masyarakat pada ketika itu dilihat tersasar dari penghidupan beragama. Antara karya tersohor beliau ialah Fi Zilal Al-Quran yang banyak mempengaruhi perjuang-perjuang Islam dan telah menjadi rujukan banyak pegerakan Islam hingga ke hari ini. Penulisan beliau banyak terpengaruh dengan penulisan seorang tokoh reformis islam iaitu Maudidi yang menubuhkan Jama’at Islami pada tahun 1941. Sewaktu Di Amerika beliau di tugaskan membuat kajian tentang sistem pembelajaran disana disamping mengkaji sistem pendidikan disana supaya dijadikan model pembelajaran di Mesir. Namun beliau kemudian merumuskan bahawa sistem masyarakat barat yang bersifat kedunian,kebendaan dan meminggirkan agama tidak setanding dengan sistem Islam yang syumul dan tidak layak menjadi model pendidikan di Mesir,akibat dari pengcanggahan pendapat beliau kemudiannya meletakan jawatannya dalam kementerian Pelajaran. Di sebabkan amat komited dengan penulisan dan penumpuan pada keluarga beliau tidak terkesan dengan kebangkitan ‘Ikhwan Muslimin’ parti yang memperjuangkan daulah Islamiyah dan berhasrat mengembalikan pemerintahan seperti kepimpinan Khalifah dizaman Nabi MUHAMMAD S.A.W dan para sahabat setelah tumbangnya daulah khalifah Uthmaniyah. Beliau juga tidak pernah bertemu atau mengenali pemimpin dan juga pengasas Ikhwan muslimin iaitu As-Syahid Hassan Al-Bana walaupun mereka dilahirkan pada tahun yang sama dan menuntut ditempat yang sama di Darul Ulum. Tapi takdir ALLAH memungkinkan beliau mengenali Hassan Al-Bana ketika berada disebuah hospital di Amerika. Sewaktu disitu beliau merasa hairan mengapa masyarakat disana seolah-olah bergembira diatas kematian seorang insan yang bernama Hassan Al-Bana. Sejurus kembali ke tanahair beliau berusaha mencari maklumat tentang Al-bana,dan pada ketika itulah beliau mengerti apa yang diperjuangkan oleh Al-Bana dan mulai saat itu beliau bertekad meneruskan perjuangan As-Syahid Hassan Al-Bana walaupun terpaksa menggadaikan nyawa demi syahid dijalan ALLAH seperti Hassan Al-Bana. Pada ketika itu bermulalah perjuangannya didalam Ikhwan Muslimin apabila beliau secara rasmi masuk menyertai Ikwan Muslimin pada tahun 1951. Beliau berperanan menyebarkan pengaruh Ikhwan Muslimin keseluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia sendiri menerusi siri-siri tarbiyah yang diikuti pelajar-pelajar melayu yang menuntut ditimur tengah khususnya di Al-Azhar yang kemudiannya pulang ketanahair dan menyebarkan pengaruh beliau menerusi pegerakan-pegerakan Islam seperti Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam (ABIM). Namun akibat kebimbangan kuasa-kuasa barat dan pemimpin sekular Mesir terhadap kebangkitan daulah islamiyah yang diterajui beliau kerana takut dengan kebangkitan umat islam seperti yang pernah dilakukan oleh As-Syahid Hassan Al-Bana, satu fitnah yang jijik telah dilemparkan terhadap beliau apabila dituduh merancang rampasan kuasa baru , menghapuskan golongan interlek , seniman dan seniwati. Beliau sekeras-keras menafikannya dengan berkata "Syahadah yang diucapkan setiap kali aku bersolat bahawa tiada tuhan selain ALLAH dan MUHAMMAD pesuruh ALLAH, tidak mungkin akan menulis perkataan yng hina. Jika aku dipenjara dgn benar aku redha, namun jika aku dipenjara dengan sesuatu yng tidak benar, aku tidak akan menuntut rahmat daripada sesuatu yang tidak benar".Beliau turut dikaitkan dengan keganasan akibat salah tafsir sekumpulan belia yang gagal memahami isi tulisan beliau dan mengambil jalan keganasan.Akibat dari itu beliau dihukum dengan kesalahan yang tidak pernah dilakukan. Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan kemuncaknya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati bersama rakan-rakan seperjuangannya dalam Ikhwan Muslimin atas tuduhan ingin menggulingkan kerajan, tuduhan ini tidak pernah dibuktikan dimana-mana Mahkamah pada ketika itu. Kebanyakan dari mereka tenang mendengar hukuman ke atas mereka kerana yakin dengan Syahid yang akan mereka capai kerana memperjuangkan agama ALLAH. Pada ketika itu banyak pertubuhan islam seluruh dunia membantah dan merayu supaya hukuman ditarik balik, turut membantah 40 orang Ulama mereka, namun rayuan itu tidak di terima sama sekali oleh pemerintah Mesir pada ketika itu Jamal Abdul Nasser.Pada Isnin, 29 Ogos 1966 beliau telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati untuk menemui kesyahidannya.Demikianlah perjuangan seorang perjuang menegakkan agama ALLAH sehingga menemui kesyahidannya.Tiada apa yang dapat menghentikan perjuangan mereka selain syahid untuk menemui pencipta mereka dengan membawa slogan perjuangan Islam iaitu “ALLAH matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perlembagaan kami, Jihad perjuangan kami & Syahid setinggi-tinggi harapan kami". Takbir ALLAHUAKBAR!