Assalamualaikum..
Segala yang terpuji itu hanya milik Allah. Dan selawat serta salam
kepada Rasulullah SAW, serta tidak dilupakan juga selawat dan salam
untuk semua para nabi dan rasul sebelum beliau.
Alhamdulillah. Sejak kebelakangan ini, ramai insan yang mula merespon terhadap post Aku Mahu Berubah, Tapi..
baik secara personal atau tidak. Menyatakan masalah mereka dalam mahu
melakukan perubahan, cabaran dan sebagainya. Baguslah tu. Kerana dalam
suasana masyarakat yang semakin membarah sekarang ni dengan
ideologi-ideologi songsang, ditambah lagi dengan perisa perang pemikiran
yang melampau-lampau. Masih ada jiwa-jiwa yang mahu keluar dari
kepompong zon selesa mereka. Untuk kembali kepada fitrah kejadian
mereka. Iaitu tunduk kepada kehendak Allah. Iaitu Islam.
+++
Jika sebelum ini saya membahaskan mengenai masalah ‘Determination’ atau keikhlasan dan ‘Effort’
atau usaha. Sekarang saya akan sambung dengan dua poin yang seharusnya
menjadi driving force yang seterusnya untuk kita terus tetap dan teguh,
atau secara umumnya kita panggil istiqomah dalam mahu melakukan
perubahan.
Setelah wujudnya azam dan tekad yang kuat, iaitu niat. Sebab kita mahu
berubah ini kerana kita tahu ini ialah jalan yang harus kita pilih,
kerana kita hamba-Nya. Bukan kerana keuntungan material dan nama serta
makhluk. Maka usaha yang bersungguh-sungguh menjadi batu asas seterusnya
dalam melakukan perubahan. Usaha yang bersungguh-sungguh itulah yang
menjadi realisasi atau pembuktian tentang apa yang kita katakan tadi.
“Aku mahu berubah!”
Kerana apa?
Kerana dalam nak makan nasi sahaja perlukan usaha. Bangun dari katil,
buka pintu, berjalan ke café, cedok nasi, angkat tangan nak mengisi nasi
ke mulut, menguyah dan seterusnya. Inikan pula dalam nak berubah dari
satu kondisi kepada satu kondisi yang lain. Dan kondisi yang ingin
dituju ini pula bukanlah satu jalan yang akan dihiasi dengan karpet
merah serta bunga-bungaan. Tetapi duri, darah dan tengkorak!
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”
[QS al-‘Ankabut, 29:2-3]
Maknanya, jelas apabila kita mengatakan kita mahu berubah menjadi lebih
baik, atau dengan kata lainnya, mahu menjadi beriman. Maka Allah pasti
akan memberikan kita ujian untuk menguji kita. Adakah kita benar-benar
mahu mengkotakan hasrat yang berbuku di hati, atau ianya hanya sekadar
kata.
“Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.’
[QS Ali ‘Imran, 3:142]
Dalam konteks sekarang ni, cukup kalau kita lihat jihad kita dalam
melawan hawa nafsu. Berapa ramai orang yang kononnya melaungkan dan
menjerit slogan, “Aku mahu berubah!”, tapi apabila datangnya
ujian yang bernama games, habis terlentok. Datang sahaja ujian yang
namanya pornografi, habis terkulai. Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un.
Lemahnya kita…
Itu baru dihantar games, internet, bola dan makanan. Belum senapang, bom dan jet pejuang.
Maka ingatlah wahai yang sedang membaca, ujian itu datangnya dari Allah,
diberikan kepada kita agar kita kembali kepada Dia semula. Kalau kita
lihat balik dalam surah Ali ‘Imran itu tadi, tujuan ujian yang diberikan
kepada mereka yang mahu menjadi beriman ini adalah agar Allah dapat
melihat, dan kita juga dapat melihat siapa yang benar dengan
kata-katanya, dan siapa yang bersabar dalam menuju apa yang ia
inginkan.
Memang payah. Sebab kita sekarang nak menuju ke arah yang berlawanan dengan arus kehidupan.
Di saat kawan-kawan kita mengatakan couple itu biasa, kita malah menjauhkan diri daripada dia.
Di saat kawan-kawan kita mengatakan lepak buang masa itu normal, malah kita tidak melakukan itu semua.
Inilah realiti zaman kita sekarang.
+++
Cuba kita lihat dalam sirah, hanya keran keinginan untuk berubah sahaja,
matinya Sumayyah bersama suaminya di atas padang pasir. Diseksanya
Bilal bin Rabah dengan diltelakkan batu besar di atas dadanya di tengah
terik matahari! Lagi, cuba teliti kisah ini,
+++
Dengan demikian ia dapat melihat dengan jelas tawanan Quraisy yang
terikat dengan tali, suara gemuruh perempuan, anak-anak dan remaja
senantiasa mendorong tawanan itu menuju arena kematian, karena kaum
Quraisy ingin membalas Muhammad atas kematian orang-orangnya ketika
perang Badar dengan cara membunuhnya.
Ketika rombongan yang garang ini dengan tawanannya, sampai di tempat
yang telah disediakan, anak muda Sa’id bin Amir Al-Jumahi berdiri tegak
memandangi Khubaib yang sedang diarak menuju kayu penyaliban, dan ia
mendengar suaranya yang teguh dan tenang di antara teriakan
wanita-wanita dan anak-anak, Khubaib berkata,
“Izinkan saya untuk shalat dua raka’at sebelum pembunuhanku ini jika kalian berkenan.”
Kemudian ia memandanginya, sedangkan Khubaib menghadap kiblat dan shalat
dua raka’at, alangkah bagusnya dan indahnya shalatnya itu.
Kemudian ia melihat, Khubaib seandainya menghadap pembesar-pembesar kaum dan berkata,
“Demi Allah! Jika kalian tidak menyangka bahwa saya memperpanjang shalat karena takut mati, tentu saya telah memperbanyak shalat.”
Kemudian ia melihat kaumnya dengan mata kepalanya, mereka
memotong-motong Khubaib dalam keadaan hidup, mereka memotongnya sepotong
demi sepotong, sambil berkata,
“Apakah kamu ingin kalau Muhammad menjadi penggantimu dan kamu selamat?”
Maka ia menjawab - sementara darah mengucur dari badannya,
“Demi Allah! Saya tidak suka bersenang-senang dan berkumpul bersama istri dan anak sedangkan Muhammad tertusuk duri”
Maka orang-orang melambaikan tangannya ke atas, dan teriakan mereka semakin keras,
“Bunuh!-bunuh…!”
Kemudian Sa’id bin Amir melihat Khubaib mengarahkan pandangannya ke langit dari atas kayu salib, dan berkata,
“Ya Allah ya Tuhan kami! Hitunglah mereka dan bunuhlah mereka satu persatu serta janganlah Engkau tinggalkan satupun dari mereka”
Kemudian ia menghembuskan nafas terakhirnya, dan di badannya tidak terhitung lagi bekas tebasan pedang dan tusukan tombak.
+++
Sampai ke tahap ini mereka diuji. Tapi pernah tak mereka mengatakan,
“Ah, sudah lah. Bosan dengan semua ni. Baik aku jadi jahat balik. Senang!”
Tidak wahai saudaraku…
Mereka bahkan sanggup mati hanya kerana mahu berubah, dan kekal dalam perubahan.
Kalau kita macam mana? Sejauh dan sebesar mana ujian yang datang pada kita jika mahu dibandingkan dengan mereka?
“Ataukah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan pelbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata, “Bilakah datang pertolongan Allah?”. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”
[QS al-Baqarah, 2:214]
+++
Selepas ikhlaskan niat kita, lepas itu berusaha bersungguh-sungguh, dan
jangan putus asa dengan ujian dan dugaan, maka yang terakhir saya mahu
sampaikan ialah keyakinan.
Keyakinan kita terhadap diri kita sendiri, dan keyakinan kita terhadap Allah.
“You are what you think.”
Kalau kita fikir yang kita ini serba cukup, tidak memerlukan siapa-siapa, maka kita memang selayaknya hidup sendirian.
Tapi jika kita merasakan diri kita lemah, dan hanya mampu kuat apabila
adanya pertolongan dari Allah. Maka pasti, Allah akan sentiasa bersama
kita.
Allah SWT akan bertindak sesuai dengan usaha kita.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”
[QS Muhammad, 47:7]
Dan,
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”
[QS Ali ‘Imran, 3:139]
Yakinlah dengan Allah. Bahawa dia akan membantu kita, jika kita mahu mahu membantu diri kita sendiri.
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana, maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
[QS Ar-Ra'd, 13:11]
+++
Cukuplah. Mulakanlah perubahan dari dalam diri anda, kemudian di persekitaran anda.
Tiada istilah tidak mampu, dalam hendak berubah. Tiada istilah tidak
kuat, dalam hendak berubah. Tiada istilah belum sampai seru, dalam
hendak berubah. Tiada istilah tidak cukup ilmu, dalam hendak berubah.
Yang ada cuma,
MAHU atau TIDAK MAHU.
Kalau tidak mahu, maka kekal lah kamu duduk dalam keadaan yang indah
dari mata pandangan nafsu di dunia ini, tetapi insya-Allah tidak di
akhirat.
Kalau mahu, maka berhijrahlah kamu tanpa pernah cuba memberikan alasan,
tetapi berusaha dalam mencari "jalan". Berhijrah ke mana? Bukan nak
suruh ke Madinah atau Habsyah, tetapi kepada Allah SWT. Cukup.
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk (mencari keredhaan) Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami, Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
[QS Al-Ankabut, 29:69]
Maka, ikhlaskan niat, usaha sungguh-sungguh, jangan putus asa, dan yakin dengan pertolongan Allah.
Determination, effort, never give up, and believe...
Wa Allahu ‘alam






