Sasterawan Negara Datuk A Samad Said lahir di Melaka pada 9 April 1935. Beliau seniman sepenuh masa dan telah menulis lebih tiga puluh buku; antaranya Salina (novel), Di Mana Bulan Selalu Retak (drama), Ke Mana Terbang Si Burung Senja (novel), Sungai Mengalir Lesu (novel), Di Hadapan Pulau (novel), Langit Petang (novel), Wira Bukit (drama), Hujan Pagi (novel), Lantai T. Pinkie (drama), Antara Bulan dan Wira (esei), Hati Muda Bulan Muda (cerpen), al-Amin (puisi), Adik Datang (novel) dan Suara Dari Dinding Dewan (puisi).
...
Beliau penerima Anugerah Pejuang Sastera (1976), Anugerah Penulis Asia Tenggara (1979) dan Anugerah Sastera Negara (1985).
...
Datuk A Samad Said pernah melancarkan “Mogok Seni” pada 1990 dan “Mogok Sastera” pada 2000. Beliau adalah Sasterawan Negara yang juga digelar “Sasterawan Rakyat” dan tidak pernah sunyi daripada pelbagai polemik, isu dan kontroversi.
...
Sebagai seorang seniman, sasterawan, negarawan, pemikir, pejuang bahasa dan anggota masyarakat, beliau sentiasa bersikap terbuka dalam berkongsi pandangan, kritikan, keresahan, kebimbangan dan harapan terhadap pelbagai perkara/isu semasa.
...
Datuk A Samad Said juga Penasihat Agung Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sejak 2003. Antara aktiviti Kavyan bersama Datuk A Samad Said adalah Baca Cerpen Kavyan pada Ogos 2003, Diskusi Karya Sasterawan Kaum India pada Disember 2003, Apresiasi Sastera Kaum India pada Januari 2004, Baca Cerpen A Samad Said pada Februari 2004, Apresiasi Sastera A Samad Said pada Julai 2006, Baca Puisi Rindu Ibu pada April 2007, Baca Cerpen A Samad Said pada Julai 2008, Pelancaran Rudra Avatara pada Julai 2008, Baca Puisi Rindu Ibu pada Ogos 2008, Baca Puisi Sasterawan Negara pada Julai 2009 dan Dialog Sasterawan Negara pada Ogos 2009.

No comments:
Post a Comment