SOI LEK TERKEJUT BEKAS PRESIDEN MCA DIDAKWA KES PKFZ - misider
Presiden MCA Chua Soi Lek terkejut apabila dimaklumkan pendakwaan terhadap bekas Menteri Pengangkutan dan bekas presiden parti itu Tun Dr Ling Liong Sik di Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini.
Bagaimanapun, Chua berkata beliau dan pemimpin MCA yang lain yakin Ling akan mendapat perbicaraan yang adil mengikut sistem perundangan di negara ini.
NAJIB BERCUTI KE LUAR NEGARA HINGGA 10 OGOS – berita hairan
Najib Razak akan bercuti ke luar negara mulai hari ini hingga 10 Ogos, menurut kenyataan akhbar pejabat Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Kenyataan dua perenggan itu turut memaklumkan sepanjang tempoh tersebut, tugas Perdana Menteri akan dijalankan oleh timbalannya, Muhyiddin Mohd Yassin.
KOMENTAR
Najib celah lebih awal. Ini untuk memastikan yang dirinya terselamat dari diburu oleh media. Najib juga melarikan diri dari dihantui oleh para cukong yang akan menalipon untuk tahu lebih lanjut apa yang sedang berlaku.
Ini teater. Ini bangsawan. Ini drama swasta.
Ini adalah usaha untuk mengolah persetujuan orang ramai bahawa kerajaan Najib Rosmah adalah kerajaan yang melawan rasuah dan penyalah gunaan kuasa.
Ini teater. Ini Bangsawan. Ini drama swasta
Ketika Dolah Badawi mula berkuasa cukong yang bernama Eric Chis di tangkap.
Kasitah Gaddam di tangkap. Rais Yatim membuat kenyataan bahawa ada 18 kes rasuah yang melibat orang kenamaan akan dibuka.
Sampai ke hari ini satu habuk tak ada. Kosong. Zero. Sifar. Zilch. Rien. Nothing.
Ini teater. Ini bangsawan. Ini drama swasta.
Pementasan ini bertujuan untuk untuk mengolah persetujuan orang ramai agar mengundi dan menyokong kerajaan Najib Rosmah.
Ini teater. Ini bangsawan. Ini drama swasta.
Betul ke kerajaan Najib Rosmah ingin melawan rasuah. Betul ke?
Jika betul maka akan penuh penjara Pudu..oppss maaf… penjara Pudu telah pecah maka tidak ada tempat untuk menyimpan perasuah ini.
Pementasan ini adalah persediaan untuk mengadakan pilihanraya secepat mungkin.
Tak percaya dengan drama ini ?
Tunggu dan lihat. Akan muncul saksi yang bercanggah. Akan muncul hujah yang tidak menyakinkan. Akan meleret leret kes dibicarakann hingga seluruh warga negara lupa hujung pangkal kes ini.
Ini teater. Ini bangsawan. Ini drama swasta.
Para cukong akan naik marah. Para cukong akan berfikir dua kali sama ada hendak mengundi Najib Rosmah. Para cukong akan berfikir dua kali sama ada perlu menyokong Najib Rosmah.
Ini teater. Ini bangsawan. Ini drama swasta.
Nama teater ini: Mari Kita Korban Saekor Tun Untuk Terus Mendapat Undi.

No comments:
Post a Comment